SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena telah melancarkan pelbagai program dan aktiviti di peringkat sekolah sempena meraikan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2013 yang merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan negara ke-56 bertemakan "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku". Program-program tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara, serta perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Semua aktiviti yang diadakan melibatkan semua murid Prasekolah hingga Tahun 6, dan dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK).
Antara acara yang telah dilaksanakan ialah pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013 Peringkat SK Sena, pertandingan melukis dan mewarna untuk Tahun 1 dan Tahun 2, pertandingan mengarang biodata Perdana Menteri Malaysia untuk Tahun 3, pertandingan menulis esei kemerdekaan untuk Tahun 4, pertandingan membina
replika untuk Tahun 5, kuiz kemerdekaan untuk Tahun 4 dan Tahun 5, pertandingan Basikal Merdeka untuk Tahun 6, Pertandingan Keceriaan Kelas Edisi Khas sempena Bulan Kemerdekaan, lawatan amal ke kediaman warga emas melibatkan pasukan guru dan murid serta banyak lagi. Sebilangan murid SK Sena pula telah menyertai Pertandingan Mencipta Buku Skrap Multimedia Kemerdekaan Peringkat Sekolah Malaysia 2013 anjuranPerpustakaan Negara Malaysia (PNM). Pada masa yang sama, Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim turut menyarankan agar semua guru menyelitkan unsur-unsur kemerdekaan ke dalam sesi Pembelajaran dan Pengajaran sepanjang tempoh sambutan. Menurut Ketua Panitia PSK, Pn. Rashida binti Hasim, aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena sambutan tahun ini direka untuk menimbulkan keinsafan dalam diri setiap warga sekolah tentang kemakmuran yang dinikmati sebagai rakyat Malaysia seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-56, dan betapa pentingnya setiap daripada kita berusaha untuk memelihara kemakmuran tersebut, serta terus berjuang untuk menambahbaik keadaan negara.

Selain program-program yang dijalankan, infrastruktur fizikal SK Sena turut dihiasi dengan Jalur Gemilang dan pelbagai paparan yang berkonsepkan kemerdekaan dan nilai-nilai patriotik bagi mewujudkan suasana ceria dan meningkatkan semangat warga sekolah untuk meraikan sambutan tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013 Peringkat SK Sena, dan mengharapkan agar semua akviti yang dilaksanakan mencapai matlamat yang diharapkan.
No comments:
Post a Comment