Monday, 21 December 2015

Hari Guru

SUKANEKA HARI GURU 2014
Pada 14 Mei 2014, acara sukaneka bersempena dengan Hari Guru 2014 telah dijalankan di padang stadium mini SMKB. Acara bermula pada jam 7:45am sehingga 8:50am. Semua pelajar berkumpul di stadium tersebut bagi memberi sokongan dan memeriahkan acara.
Guru-guru mewakili setiap rumah sukan iaitu rumah Jerai, Santubong, Ledang dan Kinabalu menyertai pertandingan yang telah dirancang oleh pelajar. Acara sukaneka yang dimainkan ialah pertandingan petanque bagi guru perempuan dan galah panjang bagi guru lelaki.
Berikut adalah keputusan pertandingan:
Guru LelakiGuru Perempuan
Pusingan AwalLedang-2 vs 1-KinabaluJerai-3 vs 2-Ledang
 Santubong-2 vs 1-JeraiKinabalu-1 vs 3-Santubong
Pusingan AkhirLedang-1 vs 0-SantubongJerai-2 vs 4-Santubong
Kategori guru lelaki dimenangi oleh rumah Ledang yang diwakili oleh Cg. Adnan, Cg. Jalludin dan Ustaz Zamri, manakala kategori guru perempuan dimenangi oleh Cg. Nina, Cg. Wan dan Cg. Ruzaifizah yang mewakili rumah Santubong. Keputusan pertandingan ini ditentukan berdasarkan jumlah mata yang diperoleh setiap rumah sukan.
Pelbagai gelagat guru yang mencuit hati sepanjang acara berjalan. Semua guru menunjukkan sikap terbuka bagi mengeratkan hubungan dengan pelajar. Para guru juga mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi bagi menunjukkan contoh yang terbaik kepada pelajar. Seperti peribahasa “kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”
Acara ini berjalan dengan sangat meriah. Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua insan yang bergelar guru terutamanya warga SMKB.

Aktiviti Sekolah

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2014 @ SMeT

Minggu Sains dan Matematik adalah satu program yang dianjurkan oleh Panitia Sains Matematik. Program ini dijalankan selama 1 minggu.Sempena dengan program tersebut, pelbagai aktiviti telah dirancang. Program ini diadakan dengan matlamat untuk mengcungkil bakat dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik yang dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar dan membosankan.

OBJEKTIF PROGRAM
  • Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains dan Matematik bagi semua pelajar SMKKT dalam peperiksaan.
  • Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik adalah susah sebaliknya sangat menarik untuk dipelajari.
  • Memberi pengalaman yang menarik kepada pelajar untuk melakukan hands-on eksperimen melalui aktiviti yang dijalankan.
  • Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.
  • Mengaplikasi ICT dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • Memupuk kesedaran pelajar untuk mencintai alam sekitar anugerah Allah menerusi penerapan nilai murni dalam aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula.
  • Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap kerjasama, berkeyakinan dan bantu membantu.

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG MINGGU SAINS DAN MATEMATIK 2014

  1. Eksperimen Mudah yang dijalankan oleh pelajar.
  2. Pertandingan Roket Air
  3. Pertandingan Soduku dan GMaths
  4. Cabaran Sifir, Kalkulator dan Congak Matematik
  5. Explorace Sains dan Matematik
  6. Pertandingan Inovasi menggunakan bahan terbuang
  7. Pertandingan membina dashboard VLE Frog
  8. Pertandingan Glider
  9. Demo GSP
PELANCARAN ROKET AIR
PERASMIAN BILIK PAMERAN SAINS OLEH EN. MOHD ZAMRI BIN AB. RAZAK DARI SEKTOR PENILAIAN AKADEMIK, JPNT
EKSPERIMEN MUDAH OLEH PELAJAR

EKSPERIMEN LETUSAN LAVA OLEH PELAJAR

Sambutan Bulan Kemerdekaan

SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena telah melancarkan pelbagai program dan aktiviti di peringkat sekolah sempena meraikan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2013 yang merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan negara ke-56 bertemakan "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku". Program-program tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara, serta perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Semua aktiviti yang diadakan melibatkan semua murid Prasekolah hingga Tahun 6, dan dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK).
Antara acara yang telah dilaksanakan ialah pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013 Peringkat SK Sena, pertandingan melukis dan mewarna untuk Tahun 1 dan Tahun 2, pertandingan mengarang biodata Perdana Menteri Malaysia untuk Tahun 3, pertandingan menulis esei kemerdekaan untuk Tahun 4, pertandingan membinaInfrastruktur SK Sena turut dihiasi dengan hiasan-hiasan bertemakan sambutan ulangtahun kemerdekaan negarareplika untuk Tahun 5, kuiz kemerdekaan untuk Tahun 4 dan Tahun 5, pertandingan Basikal Merdeka untuk Tahun 6, Pertandingan Keceriaan Kelas Edisi Khas sempena Bulan Kemerdekaan, lawatan amal ke kediaman warga emas melibatkan pasukan guru dan murid serta banyak lagi. Sebilangan murid SK Sena pula telah menyertai Pertandingan Mencipta Buku Skrap Multimedia Kemerdekaan Peringkat Sekolah Malaysia 2013 anjuranPerpustakaan Negara Malaysia (PNM). Pada masa yang sama, Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim turut menyarankan agar semua guru menyelitkan unsur-unsur kemerdekaan ke dalam sesi Pembelajaran dan Pengajaran sepanjang tempoh sambutan. Menurut Ketua Panitia PSK, Pn. Rashida binti Hasim, aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena sambutan tahun ini direka untuk menimbulkan keinsafan dalam diri setiap warga sekolah tentang kemakmuran yang dinikmati sebagai rakyat Malaysia seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-56, dan betapa pentingnya setiap daripada kita berusaha untuk memelihara kemakmuran tersebut, serta terus berjuang untuk menambahbaik keadaan negara.
Selain program-program yang dijalankan, infrastruktur fizikal SK Sena turut dihiasi dengan Jalur Gemilang dan pelbagai paparan yang berkonsepkan kemerdekaan dan nilai-nilai patriotik bagi mewujudkan suasana ceria dan meningkatkan semangat warga sekolah untuk meraikan sambutan tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013 Peringkat SK Sena, dan mengharapkan agar semua akviti yang dilaksanakan mencapai matlamat yang diharapkan.


Monday, 30 November 2015

Pasukan Hoki SMK Bukit Merchu

Pasukan Hoki Smk Bukit Merchu telah berjaya mencipta kejayaan mendapat tempat Ke - 3 dalam Kejohanan Hoki MSSD Kuala Kangsar Perak, yang berlangsung di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah  ( KUISAS) pada 16 April 2013 yang lalu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para permain dan jurulatih dan pengurus pasukan atas kejayaan yang dicapai. Semoga kejayaan yang dicapai ini dapat diteruskan dan berusaha bersungguh-sungguh.

Sunday, 29 November 2015

Gotong-royong Perdana

PROGRAM GOTONG-ROYANG PERDANA


      Pada hari sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini melibatkan murid-murid, ibu bapa dan guru-guru. Tujuan program ini adalah untuk bersihkan kawasan sekolah dan mengeratkan hubungan murid-murid, ibubapa dan guru-guru.

Pada pukul 7.30 pagi, murid-murid, ibubapa dan guru-guru berkumpul di padang sekolah terlebih dahulu. Pengetua memberi sedikit taklimat ringkas kepada kami. Selepas itu, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Selepas dibahagikan kumpulan, kami semua beratur untuk mengambil barang dan alatan yang digunakan untuk aktiviti gotong-royang. Alat yang digunakan untuk membersihkan kawasan sekolah 

Pada pukul 12.00 tengah hari, semua kerja telah selesai . Pihak kantin sekolah menyediakan jamuan ringan kepada kami. Kami semua rehat sambil menjamu selera makanan yang dihidangkan oleh pihak kantin sekolah. Disamping itu, pengetua sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami yang berusaha keras membersihkan kawasan sekolah.

Selepas menjamu selera di kantin sekolah, kami semua pulang ke rumah dengan perasaan penuh gembira. Kami berasa bangga dapat menceriakan suasana sekolah.










Sambutan Hari Kantin Sekolah

Sambutan Hari Kantin 

Takwim sekolah

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2010
PEPERIKSAAN DALAMAN
PERKARA
TINGKATAN
TARIKH
Ujian Pengesanan Siri 1/Ujian Bulanan 1
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Ujian Pengesanan Siri 2/Ujian Bulanan ke-2
Peperiksaan Percubaan Dalaman
Peperiksaan Akhir Tahun
Semua
Semua
Semua
3 dan 5
1, 2, 4 dan 6R
8 – 12 Mac
17 – 31 Mei
9  - 13 Ogos
9 – 13 Ogos
18 Okt – 4 Nov

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
PERKARA
TINGKATAN
TARIKH
Peperiksaan Percubaan PMR
Peperiksaan Percubaan SPM
Peperiksaan Percubaan STPM

3
5
6 Atas

9 – 13 Ogos
13 – 30 September
13 – 30 September

PEPERIKSAAN AWAM

PERKARA
PENDAFTARAN
TARIKH

BUKA
TUTUP

Penilaian Menengah Rendah (PMR)



9 – 13 Oktober

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)



22 Nov – 16 Dis
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)



22 Nov – 14 Dis
MUET (Pertengahan Tahun)


Speaking 3- 5 Mei / 10-12 Mei
Writing 24 April

MUET (Akhir Tahun)



Speaking 18 – Okt / 25 – 27 Okt
Writing 30 Oktober

Kerja Kursus PMR
Sejarah.Geografi, KH, PAFA
1 Feb
30 Julai
Hantar disket markah kerja kursus ke PPD sebelum 15  Ogos

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) BM dan BI
1 Feb
30 Julai
Markah dihantar ke LPM secara online mulai bulan Ogos

PEKA SPM
(Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Teras)
Mulai T4 2009
30 Julai
Markah dihantar ke LPM secara online mulai bulan Ogos


Kerja Kursus Pendidikan Moral (SPM)
Mulai T4 2009
30 Julai

Pentaksiran Amali Sains STPM
Mulai T6R
30 Julai
Markah ke MPM 30 Sept